kita dipaksa mengiya kebatilan
sedangkan kita punya pilihan
untuk menafikan
tetapi kita tidak mampu
melawan apalagi bertahan
biarpun dalam fikiran
kerana mereka punya kearifan
menguasai suasana massa
dan pintar membolak-balikkan makna
akhirnya kebenaran
hanya tinggal sebagai impian
yang kabur dikelirukan ketakutan