ada parti
tempat orang makan orang...
ada negeri
beri pada orang...
ada tanah
gadai pada orang...
ada kuasa
kongsi dengan orang...
bila berkuasa
suka tangkap orang...
ada projek
jual pada orang...
ada air
lelong pada orang...
mahu jadi pemimpin
fitnah orang...
ramai pemimpin
cuma jadi kutukan orang
kerana tak mahu dengar cakap orang...
pemimpin bila melancong
pergi negeri orang...
bila makan
kenyang seorang...
pemimpin hidup mewah
dengan tidak mempeduli orang...
pemimpin datang berkempen
terpaksa dikumpul dan dibayar orang...
suka berdebat
hendak kalahkan orang
bukan mahu menegak kebenaran...
ramai orang pulak
jadi orang-orang...
yang pasti
hanya tinggal masjid dan surau
yang cantik
tapi tak ada orang...
satu lagi tonto( tolong orang untuk tipu orang)
BalasPadamskg ni pula..mereka sedang bersandiwara.. permainannya mudah -- "create the problem..then solve the problem"...
BalasPadamlu orang tulong kami
BalasPadamkami tulong korang
tulong nyusahkan korang
biar korang derita
walau korang undi kami
wakaka.. nasib la jadi orang-orang sangat