Insya Allah... terbaharu aku menerima jemputan untuk turut sama berdeklamasi pada Malam Puisi Utusan di Istana Budaya yang gah itu malam 12 Jun nanti.
Kemuncak acara anjuran Utusan Melayu adalah pada 19 Jun, juga di lokasi yang sama aku turut sama dianugerahi pengiktirafan - pemenang Hadiah Utama Puisi pada majlis Hadiah Sastera Utusan Melayu. Alhamdulillah... bertambah koleksi pengiktirafan ke atas karya-karyaku di kertas seiring dengan pengiktirafan di pentas. Cuma satu yang masih terkilan, karya-karyaku di kertas masih terbiar dan belum berkesempatan untuk dibukukan. Sepertimana sindir rakan penyair yang sudah menerbitkan sekian banyak buku, katanya dalam suatu majlis sastera: "Penyair yang sudah banyak memenangi sayembara peringkat perdana, tapi masih belum memiliki buku..." Suatu cabaran untukku!
Sila tunjuk ajar wahai penulis handalan pejuang bahasa............Saya budak baru belajar. Kesian deklamator seringkali terpinggir dari majlis baca puisi perdana....
BalasPadamTahniah sahabatku. Saya menumpang kegembiraan dan tuah rakan- rakan untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
BalasPadamPenyanyi lagu puisikah? Saya baru merancang untuk menubuhkan kumpulan lagu puisi teruskan perjuangan Almarhum Zubir Ali. Jom kita jumpa berbincang bagaimana cara untuk tubuhkan kumpulan....
BalasPadamsalam sdr.shukri yang dihormati. tahniah atas kejayaan meraih hadiah utama HSKU. mohon izin, saya memautkan blog sdr di blog saya. terima kasih.
BalasPadamsahrunizam,
BalasPadamterima kasih.. tapi sdr berbahasa senjata. saya berbahasa biasa
D'Rimba,
saya bukan penyanyi, hanya penyair..
WB Rendra,
sangat dialu-alukan.Terima kasih.
Hadiah Sastera Utusan...mmmg ok. kegiatan sastera (baca sebagai deklamasi puisi) oleh utusan....emmmm, sekadar gempar dan gembur. nihil.
BalasPadamTahniah dari saya
BalasPadamCis, baru kukenal siapakah gerangan empunya diri blog ini. Maafla cikgu diri ini tidak perasan. Tahniah semalam vokal mantapmu bergema. Perasan tak Prof Rahman dan Hashim Yaakob hafal sajaknya walaupun panjang berjela. Sungguh tidak sangka. Tapi apapun saya makin menyukai dan menghormati Pak Samad yang kental perjuangannya tentang isu bahasa hingga di akhir bersajak menafsirkan kata singkatan yang beliau ciptakan bermaksud pemimpin cakap tidak serupa bikin...Kah kah kah saya ketawa besar bagai mahu mengheret mereka-mereka berkaitan dengar dengan mata hati. Kalau tidak mahu lagi dengar nyah saja ke barat kerana terlalu kagum dengan barat terus melaksana dengan tegar acuan barat.
BalasPadamAnugerah Utusan? Apa Utusan? Surat kabaq Utusan?Ciss, pantang datuk nenek aku dengaq nama Utusan!
BalasPadamtahniah..
BalasPadamps: gua tak beli utusan. tp gua baca..haha
Lan Jeniang,
BalasPadamBaca juga utusan walau ia meloya..semua maklumat kena dapatkan ,kemudian sendiri pertimbangkan.
Basuh Baju,
tk.gua pun sama. baca dlm internet saja.
edolah,
BalasPadamUtusan itu sejenis kuman
Duduknya di seberang laut
Dia lebih besar dari gajah
Suaranya meloyakan
Baunya busuk hangit
Hatinya lebih besar dari otaknya
Dia bercakap untuk sipekak
Dia menulis untuk sibuta
Dia mengira untuk sibahlol
Hari ini utusan itu telah jadi kudis
Menghinggap dikaki tuannya
Tuan yang berpenyakit kencing manis
Sakit yang menanti saat kaki itu dipotong
bersama-sama dengan kudisnya..
Karya emosi oleh: Lan Jeniang
La... engkau rupanya. Aku dah lama cari sapa si dolah ni. Tahniah atas kejayaan engkau selama ini.
BalasPadamLan Jeniang,
BalasPadamkarya emosi itu boleh htr ke utusan...hehe
Nassury,
kawe kelik kelate cari demo...demo sibuk
Umno tidak layak bersajak guna bahasa melayu.
BalasPadamumno patut guna simbol matematik dan gambarajah sperma atau ovum utk bersajak.
Hapuskan PPSMI!!!!
hoi, dah julai dah!
BalasPadamPyanhabib,
BalasPadamgua terkedu...sampai jem kepala mau kemaskini dan perbaharui blog gua. mungkin dek tersampuk itu parpukari...
Salam Cikgu Syukri...Semoga teruskan perjuangan dalam arena deklamasi puisi!
BalasPadamsalam..
BalasPadamencik syukri.. karismamu menjadi contoh terbaik untuk saya.. terima kasih