melukis gaza di peta dunia
bagai menggores warna-warna luka
daerahnya semakin menguncup
ditebuk kerakusan kuasa
gaza membekam di jiwa
sekian lama kepedihan terasa
menjadi sajian hidangan
lahap diratah muncung senjata
leluhur disimbah darah
doa dan tangis bertingkah
mengirim harum para syuhada'
mengitari seisi syurga
termaktub janji dalam kesucian Qalam
mereka genggam sepenuh keyakinan
sementara menunggu datangnya
kawanan ababil memusnahkan kebatilan
Rabu, 22 Februari 2012
DIARI BERDARAH
Diari baharu membuka lembaran
sesudah diari lama menoktah catatan
ada debu silam melekat setiap halaman
sehingga kabur pandangan
tanpa peluang menoleh ke belakang
ada sawang dendam melekap di muka hadapan
siaga memerangkap mangsa
tanpa berawas mengulang kekhilafan
tinta merah menggarap aksara berdarah
berkisah segala helah dan madah
pada wajah maruah luka pun tersimbah
dengan akal mengecil
dan angan membengkak
helaian demi helaian rabak terkoyak
MINGGUAN MALAYSIA
5 FEBRUARI 2012
sesudah diari lama menoktah catatan
ada debu silam melekat setiap halaman
sehingga kabur pandangan
tanpa peluang menoleh ke belakang
ada sawang dendam melekap di muka hadapan
siaga memerangkap mangsa
tanpa berawas mengulang kekhilafan
tinta merah menggarap aksara berdarah
berkisah segala helah dan madah
pada wajah maruah luka pun tersimbah
dengan akal mengecil
dan angan membengkak
helaian demi helaian rabak terkoyak
MINGGUAN MALAYSIA
5 FEBRUARI 2012
Khamis, 19 Januari 2012
Peluru Abad ke-21
Satu musuh satu peluru
tapi pada abad ke-21:
satu peluru sasarannya
musuh beribu-ribu
Tanpa sempat bersiap siaga
pelurunya sudah mencari mangsa
belum dibebat luka di dada
peluru lain mengirim bencana..
tapi pada abad ke-21:
satu peluru sasarannya
musuh beribu-ribu
Tanpa sempat bersiap siaga
pelurunya sudah mencari mangsa
belum dibebat luka di dada
peluru lain mengirim bencana..
Langgan:
Catatan (Atom)