Rabu, 22 Februari 2012

DIARI BERDARAH

Diari baharu membuka lembaran
sesudah diari lama menoktah catatan

ada debu silam melekat setiap halaman
sehingga kabur pandangan
tanpa peluang menoleh ke belakang

ada sawang dendam melekap di muka hadapan
siaga memerangkap mangsa
tanpa berawas mengulang kekhilafan

tinta merah menggarap aksara berdarah
berkisah segala helah dan madah
pada wajah maruah luka pun tersimbah

dengan akal mengecil
dan angan membengkak
helaian demi helaian rabak terkoyak


MINGGUAN MALAYSIA
5 FEBRUARI 2012

Tiada ulasan:

Catat Komen